ASAS PRIVASI


Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.


DASAR KESELAMATAN

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data digunakan untuk melindungi data yang diserahkan dan pematuhan kepada piawaian keselamatan yang ketat digunakan untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

SLA
Capaian tapak web hendaklah sekurang-kurangnya 99.5% (masa aktif).Ini bermakna masa henti laman web tidak melebihi 0.5%. (24 jam setahun)


MOBILE PRIVASI POLISI

PRIVASI

Aplikasi Mudah Alih MYLAND, adalah aplikasi yang dibangunkan untuk orang awam dan pegawai JKPTG (selepas ini dirujuk sebagai “Pengguna”) untuk memudahkan akses kepada perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan oleh MYLAND menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Sistem GAMMA. Kerajaan memastikan maklumat peribadi yang dikumpul adalah mengikut peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

MAKLUMAT PERIBADI

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna tanpa kebenaran dan disediakan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain untuk tujuan lain melainkan dinyatakan secara khusus.

MAKLUMAT TERKUMPUL

Aplikasi ini mengumpul data yang diserahkan dengan persetujuan pengguna dan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk akses kepada sistem aplikasi. Data peribadi yang dikumpul termasuk yang berikut:

  • Nama Pengguna
  • Nombor Kad Pengnalan
  • Nombor Fon
  • E-mel Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan selain daripada yang dinyatakan di atas. Data peribadi yang dikumpul tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke luar Malaysia untuk tujuan komersial.

AKIBAT JIKA DATA PERIBADI TIDAK DISEDIAKAN

Jika data peribadi yang diberikan tidak mencukupi atau tidak memuaskan, permohonan atau permintaan pengguna untuk mana-mana tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan, atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin dinafikan atau terjejas.

KERAHSIAAN

Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan dirahsiakan mengikut Polisi Privasi ini mengikut mana-mana undang-undang berkaitan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini melaksanakan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Jika dasar privasi ini dipinda, perubahan akan dikemas kini pada halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila email pertanyaan@jkptg.gov.my

Sesi Tamat
Sesi anda akan tamat dalam masa

Sila tekan 'OK' untuk kekal log masuk.
Sila tekan 'BATAL' untuk log keluar.